Datuk Dr Khair Mohamad Yusof
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan hari ini menafikan penyebaran
berita palsu di media sosial berhubung penangguhan permulaan sesi
persekolahan 2015 selama sebulan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata penangguhan itu hanyalah selama seminggu.
Dalam kenyataan di sini, beliau berkata sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ialah 11 Jan (Ahad) dan 12 Jan (Isnin) bagi negeri-negeri lain.
"Kementerian Pendidikan telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang menyebar berita palsu ini," katanya.
Khair turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang berita yang disebarkan melalui media sosial.
Mereka sebaliknya boleh merujuk kepada laman-laman berita rasmi atau menghubungi terus Kementerian Pendidikan, katanya.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan Kementerian Pendidikan bersetuju menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 selama seminggu dari tarikh asal iaitu 4 dan 5 Jan 2015 mengikut negeri-negeri berkaitan, susulan bencana banjir. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.