MALAYSIAKINI
Keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan pada 10 Februari ini.
Perkara itu diumumkan oleh laman blog mikro Twitter kehakiman Malaysia, yang dikelolakan oleh Mahkamah Persekutuan.
Anwar, 67, sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi pasukan pendakwaan merayu hukuman lebih berat dikenakan.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di
Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun
2008.
Keseluruhan 27 orang saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan
dipanggil sepanjang perbicaraan yang mengambil masa hampir tiga tahun
itu.
Mahkamah Tinggi pada 2012 membebaskan Anwar selepas hakim mendapati
tidak selamat untuk sabitan dibuat ekoran kemungkinan sampel daripada
Saiful tercemar.
Bagaimanapun, beberapa hari sebelum beliau dijadual bertanding dalam
pilihan raya kecil Kajang pada Januari tahun lepas, Mahkamah Rayuan
membuat keputusan Anwar bersalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.