MALAYSIAKINI
“Que sera sera. (Apa hendak jadi, jadilah).”
Begitulah reaksi segera Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas
berhubung keputusan kes liwat keduanya yang akan diumumkan pada 10
Februari ini.
Beliua menulis di Twitter berhubung perkara itu sambil mentweet semula
laporan berkaitan perkembangan itu oleh sebuah portal berita.
Ungkapan itu asalnya daripada bahasa Sepanyol yang menjadi popular
selepas digunakan sebagai lirik lagu pada 1956 oleh penyanyi Amerika
Syarikat Doris Day.
Anwar juga mengaminkan gesaan pemimpin PKR Dr Badul Amin Baharom di
Twitter supaya orang ramai berdoa dan turun memberikan sokongan kepada
ketua pembangkang itu ketika keputusan disampaikan bulan depan.
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengumumkan tarikh keputusan itu akan disampaikan melalui Twitter kehakiman Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.