shahbudindotcom
Walaupun
kepulangannya terus ke Kota Bharu untuk meninjau suasana banjir dan
kemudian diikuti dengan pengumuman bantuan RM500 juta serta kesediaan
meluangkan lebih banyak masa ke negeri-negeri yang ditimpa musibah agak
disambut baik, terdedahnya banyak perkara di sebalik itu menjadikan
beliau terus menjadi kecaman ramai.
Perkara
yang paling menjadi perbualan ialah mengenai kepulangannya bersendirian
ke tanahair sedangkan beliau dikatakan pergi bercuti ke Hawaii bersama
isteri dan lain-lain ahli keluarganya.
Ramai
yang bertanya di mana Rosmah Mansor yang sebelum ini pernah menyatakan
isteri-isteri pemimpin haruslah berkorban dan meluangkan banyak masa
membantu suami masing-masing?
Najib
kemudian dilaporkan menaiki pesawat komersial daripada Hawaii ke Hong
Kong, manakala daripada Hong Kong ke Kota Bharu pula, beliau dijemput
oleh jet khas milik TUDM.
Keadaan
ini bukan saja melibatkan kos penerbangan yang jadi berganda, tetapi
segera menimbulkan persoalan, kenapakah pesawat khas yang membawanya ke
Hawaii itu ditinggalkan di AS dan Najib sendiri menjadi begitu "budiman"
sanggup menaiki pesawat komersial ke Hong Kong?
Kenapakah jet khas untuk Perdana Menteri itu ditinggalkan dan siapakah pula yang menggunakannya di AS itu?
Walaupun
pejabat Perdana Menteri kemudian ada menjelaskan bahawa pesawat khas
itu ditinggalkan di AS kerana mengalami masalah teknikal dan bukannya
digunakan oleh mana-mana ahli keluarga Najib, apa yang didedahkan di
alam maya kemudian lebih mengejutkan.
Sesiapa
yang mempunyai capaian internet dan melayari FlightRadar24 dan kemudian
menaip 9M-NAA iaitu nombor pendaftaran pesawat khas yang membawa Najib
ke Hawaii untuk bercuti sebelum ini, pasti mendapati bahawa jet itu
sebenarnya tidak duduk diam di AS, sebaliknya banyak bergentayangan di
udara.
Daripada
Hawaii, ia didapati bergerak ke Indianapolis, dari sana pula bergerak
sebanyak dua kali ke Los Angelas, kemudian ke New York, London dan pagi
tadi dikesan di Dubai. Terbaru pula, FlighhtRadar24 mengesan pesawat itu
berada di Bangkok dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur.
Timbul persoalan, siapakah yang sedang meriah menggunakan jet itu sedangkan Najib sedang berada di dalam negara?
Jika
benar penjelasan Pejabat Perdana Menteri bahawa pesawat itu mengalami
masalah teknikal, sudah tentulah selepas ia dibaiki, ia terus dibawa
balik ke Malaysia dan bukannya singgah di Indianapolis, Los Angelas, New
York, London dan Dubai?
Sehingga
tiada penjelasan daripada mulut Najib sendiri mengenai pesawat itu, ia
bagaikan membunuh semua pengorbanan Perdana Menteri sanggup pulang
segera ke tanahair, meluangkan banyak masa dengan mangsa banjir dan
memberikan peruntukan sebanyak RM500 juta.
Bahana daripada penggunaan jet ini lebih besar dan menjadikan kerja keras serta pengorbanan Najib sia-sia saja.
Selain
itu, kunjungan Najib ke beberapa negeri meninjau keadaan banjir turut
diselebungi pelbagai adegan yang menyebabkan imej dan prestasinya terus
dipertikaikan.
Di
Perak, melalui rakaman video yang tersebar luas di media sosial, Najib
didapati meminta jurugambar merakam gambarnya bersama pemimpin lain,
termasuk Zambry Abdul Kadir, di tahap ke dalaman sehingga paras paha
untuk siaran media.
Ia
menunjukkan seolah-olah Najib mahu memperlihatkan beliau sedang berada
di paras air yang dalam secara natural dengan keprihatinan yang luar
biasa, sedangkan ia sebenarnya rakaman yang diminta-minta atau lakonan
saja.
Kemudian
daripada itu, gambar dua orang lelaki sedang membukakan kasutnya turut
menjadi viral dan kecaman ramai dan dikaitkan dengan kedudukannya
sebagai pemimpin bangsawan.
Di
Kelantan pula, ketika beliau sedang menggaul makanan di dalam kawah
yang sedang dimasak untuk mangsa-mangsa banjir, turut didapati tiada api
dibawahnya dan mungkin makanan itu sudah pun siap dimasak ketika itu.
Sekali lagi Najib didapati seperti sedang berlakon rupanya.
Setelah
dikecam kerana pergi bercuti ke Hawaii ketika banjir mula melanda dan
kemudian pulang tergesa-gesa setelah gambarnya bermain golf tersebar
luas, Najib tentulah mengharapkan kepulangannya bukan saja menunjukkan
jiwa pemimpinnya yang sejati tetapi juga untuk memulihkan imejnya yang
menjadi kecaman ramai itu.
Namun,
malangnya isu jet yang terus menjadi bualan ramai dan beberapa insiden
"lakonan" yang dilakukannya ketika banjir, menjadikan Najib sebenarnya
makin lemas dan tenggelam dalam mempertahankan karier dan masa depannya
walaupun banjir kian surut di seluruh negara.
Hari-hari yang mendatang dan sehingga pilihanraya akan datang, kekal menjadi detik-detik yang memeritkan bagi Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.