MALAYSIAKINI
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan
pembentukan kerajaan campuran Umno-PAS di Kelantan menunjukkan “betapa
jahat” parti lawannya itu.
Ia juga, kata Mahfuz, menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan selama ini sukar menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.
Katanya, cadangan pemilik Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub juga memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan jika idea kerajaan campuran itu menjadi kenyataan.
"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin yang buat cadangan ini.
Tetapi melihat kepada sebalik kenyataan ini, ia menunjukkan betapa Umno
dan BN ini jahat.
"Saya gambarkan kenyataan itu sebagai bagaimana Umno dan BN itu memiliki tiga sifat iaitu pendera, penzalim dan pembuli.
"Maknanya, kalau nak minta tolong Umno kena ada kerajaan campuran. Dia
(Hussamuddin) orang Kelantan, dia tau betapa Kelantan sudah nak dapat
bantuan kerajaan pusat," katanya.
Wang royalti untuk pembangunan
Mahfuz menegaskan kerajaan campuran antara BN-PAS tidak akan berlaku.
Sebaliknya, katanya, apa yang perlu diberi tumpuan kini ialah kerjasama
antara kerajaan persekutuan dan negeri perlu diperkukuhkan.
Malah,
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini
juga ialah kerajaan pusat perlu membayar wang royalti minyak milik
Kelantan.
Katanya, sekiranya wang royalti itu diberikan ia dapat digunakan bagi tujuan pembangunan di negeri tersebut.
"Itu hak kerajaan Kelantan untuk dapat royalti dan wang itu untuk manfaat menmangunkan Kelantan.
"Kerajaan campuran tak perlu. Tetapi kerjasama antara G2G (kerajaan
dengan kerajaan) perlu dilakukan. Bukan melalui kerajaan campuran.
"Dan selama ini kita memang beri kerjasama (dengan kerajaan persekutuan)," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.