Sabtu, 24 Januari 2015

Anggota polis paksa Zamani menyanyi digantung tugas

THE MALAYSIAN INSIDER


Penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang popular sekitar zaman 1990-an ditahan polis minggu ini dipercayai kerana memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur. – Gambar daripada Youtube, 24 Januari, 2014.Penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang popular sekitar zaman 1990-an ditahan polis minggu ini dipercayai kerana memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur. – Gambar daripada Youtube






















































Dua anggota polis yang terlibat dalam kontroversi rakaman video penyanyi Zamani Ibrahim atau dikenali sebagai Zamani digantung tugas, selepas ramai pihak mengkritik perbuatan itu.

Tindakan penggantungan tugas itu disahkan Pengarah Kanan Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zubaidah Md Ismail.

"Ketua polis negara sudah memberi lampu hijau kepada jabatan untuk melucutkan tugas ke atas mereka yang terlibat dalam perkara tersebut, sementara siasatan sedang berjalan.


"Kami bukan saja menyoal siasat mereka tapi juga memantau, bagaimana kecuaian dalam prosedur polis boleh timbul. Kami sedang siasat daripada setiap sudut," kata Zubaidah seperti dilaporkan TheStar Online hari ini. Bagaimanapun, butiran mengenai anggota polis tersebut tidak akan didedahkan tetapi tindakan tegas akan diambil jika terlibat melanggar Peraturan Penjawat Awam (khidmat dan tingkah laku) 1993, kata Zubaidah.

Katanya, tindakan kedua-dua anggota polis tersebut juga memalukan pasukan keselamatan negara.
Kontroversi membabitkan Zamani tercetus selepas tersebar klip video berdurasi 1 minit 23 saat yang memaparkan beliau sedang menyanyikan lagu popularnya bersama kumpulan Slam, Gerimis Mengundang sambil tangannya bergari.

Video Youtube itu tersebar di laman sosial Facebook dan mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan ia sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah Zamani.

Zamani dan seorang wanita ditahan minggu ini kerana dipercayai memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Keramat di Kuala Lumpur.

Pihak polis menemui bungkusan disyaki mengandungi heroin seberat kira-kira 1.2 gram. Mereka ditahan reman selama empat hari.

Zamani bagaimanapun dikatakan sudah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.