SHAH ALAM - Tiga kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) antara yang
dikerah bagi menyertai usaha mencari dan menyelamat pesawat QZ8501 yang
dilaporkan hilang sejak semalam.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, antara kapal yang terlibat dalam misi tersebut adalah KD Pahang, KD Lekir, dan KD Lekiu.
“Kapal-kapal tersebut sedang dalam pelayaran ke sektor pencarian yang telah ditetapkan oleh Badan SAR Nasional. KD Pahang yang diperintah oleh Komander Fadhil Abd Rahman TLDM kini menghampiri sektor pencarian dan dijangka berada di sektor tersebut pada jam 2 petang hari ini.
“Manakala KD Lekir dan KD Lekiu akan menyertai KD Pahang pada awal pagi esok.” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.
Selain itu, pesawat helikopter Fennec milik TLDM dan pesawat Hercules C-130H Tentera Udara DiRaja Malaysia turut dikerah bagi membantu usaha tersebut.
“Pesawat dijangka memasuki sektor pencarian yang dikhaskan untuk aset udara pada bila-bila masa hari ini.
“Pihak Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala bentuk bantuan yang diperlukan diatur gerak dengan kadar segera selaras dengan semangat setia kawan Asean yang sedia terjalin,” katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.