Akta Hasutan di Malaysia sekali lagi memaparkan sisi gelapnya berikutan pendakwaan terhadap kartunis Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar. Undang-undang ini dianggap tinggalan kolonial, zalim dan lapok, namun kekal digunakan di negara kita. Malaysia menjadi terkenal di mata dunia kerana tindakan siasatan dan pendakwaan menggunakan undang-undang yang diperkenalkan pada 1948 ini.
Antara
yang telah didakwa termasuk ahli parlimen Seputeh Teresa Kok, ahli
parlimen Shah Alam Khalid Samad, pensyarah Azmi Sharom dan aktivis Ali
Abdul Jalil. Malah ramai lagi seperti Zunar yang disoal siasat pihak
berkuasa. Kesalahan bagi akta ini termasuk menggelar Umno ‘celaka’,
mempersoal kuasa Jabatan Agama Islam Selangor, kritikan terhadap
Raja-Raja dan mempertikai Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun,
negara-negara lain terutama yang pernah dijajah British juga masih
mengekalkannya termasuk Kanada, India, Singapura dan Hong Kong. Malah
Amerika Syarikat turut memiliki beberapa Akta Hasutan. Ya betul ―
beberapa dan bukan hanya satu.
Pertama,
terdapat Akta Hasutan 1798 yang melarang kritikan terhadap kerajaan
Amerika Syarikat dan hukuman terhadap pesalah termasuk denda dan
penjara. Presiden John Adams dan pihak Persekutuan bimbang akan
penentangan dan meluluskan undang-undang ini bagi mengekang pihak
pembangkang. Ia dimansuhkan Thomas Jefferson kerana mengekang kebebasan
bersuara.
Pada
16 Mei 1918, Kongres AS meluluskan satu lagi Akta Hasutan bagi
menyokong Akta Perisikan yang diluluskan sebelumnya. Kedua-duanya bagi
mempertahankan penyertaan AS dalam Perang Dunia I. Akta Hasutan hadir
dengan hukuman keras - sehingga USD10,000 dan/atau 20 tahun penjara bagi
sesiapa yang bersalah membuat tuduhan melulu tentang perang tersebut;
menghina dan menghentam kerajaan AS, bendera, Perlembagaan dan pihak
tentera, menaikkan kemarahan tentang bahan sebaran peperangan, mendidik
atau mempertahankan kesemua tindakan yang terlarang itu. Kongres
memansuhkannya pada 1921 kerana ia bercanggah dengan amalan demokrasi di
Amerika Syarikat.
Usaha
terakhir memaparkan kesalahan hasutan berlaku selari dengan Akta
Pendaftaran Pendatang Asing 1940. Dikenali sebagai Akta Smith, ia
mensasarkan penyokong parti Nazi, penyokong Leon Trotsky, pihak komunis
dan sosialis yang semakin ramai di Amerika Syarikat selepas Perang Dunia
II.
Akta
tersebut begitu meluas sehingga mensasarkan sesiapa “… yang berniat
menjatuhkan atau menghancurkan kerajaan, dengan mencetak, menerbit,
menyunting, menjual, atau memaparkan tulisan atau bahan cetak bagi
menyokong, menasihati, mendidik tentang menjatuhkan, atau menghancurkan
kerajaan melalui tindakan ganas atau cuba melakukannya atau…
menganjurkan atau membantu serta menggalakkan usaha menjatuhkan atau
menghancurkan kerajaan AS melalui keganasan dan paksaan, menjadi ahli
atau sekutu mana-mana pertubuhan, persatuan, perhimpunan dengan tujuan
sedemikian.”
Ramai
yang didakwa dengannya di antara tahun 1940 ke 1956 yang menyaksikan
peningkatan kegiatan perisikan di antara pihak yang terlibat dalam
Perang Dunia II dan juga Perang Dingin selepasnya.
Makhamah
Tinggi pada 1957 bagaimanapun memutuskan Pindaan Pertama agar kebebasan
bersuara dilindungi melainkan terdapat marabahaya yang nyata ke arah
menjatuhkan kerajaan, perlu ditegakkan. Keputusan ini menjadikan bebanan
pembuktikan di pihak pendakwaan agar menunjukkan terdapat niat
menjatuhkan kerajaan melalui keganasan dan paksaan.
Seramai 14 pemimpin komunis dalam kes Yates menentang AS
telah menyaksikan keputusan bersalah ke atas mereka ditarik balik dan
mereka didakwa di mahkamah daerah. Pada pertengahan 1962, komunis yang
terakhir didakwa dan dihukum telah menjalani hukuman penjara manakala
sesetengahnya diberi pengampunan oleh Presiden JF Kennedy. Akta Smith
masih lagi wujud sehingga hari ini tetapi ia dianggap lapuk kerana
tinggalan Perang Dingin.
Jadi
bagaimana dengan Malaysia? Masih perlukah negara kita yang mensasarkan
status negara maju menjelang 2020 mengekalkannya? Ia perlu mengambil
iktibar dari United Kingdom yang memansuhkan hasutan pada 2010. Menteri
Undang-Undang Claire Ward berkata ia “lapok” dan tidak selari dengan
amalan kebebasan bersuara. Apa jadi di sana? Sistem monarki dan
kerajaannya masih utuh dan tiada sebarang masalah tercetus.
Malaysia
memiliki undang-undang dan proses sedia ada bagi tindakan undang-undang
diambil ke atas mana-mana kumpulan atau individu yang dirasakan
bersalah. Jadi adakah kerajaannya berani mengelakkan penggunaan akta ini
yang jelas mengekang kebebasan bersuara? Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak pernah berjanji akta tahun 1948 itu bakal diganti dengan
Akta Keharmonian Nasional. Tetapi kini, nampaknya seperti ia sukar
dilakukan.
Tanpa
kebebasan bersuara dengan aman, satu-satunya cara rakyat Malaysia
meluahkan kemarahan ialah melalui peti undi. Sekiranya kerajaan
persekutuan ini kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen dan kerusi DUN,
mungkin ia akan sedar apa yang dihajati rakyat Malaysia. Suara mereka di
dalam isu penting wajar didengar samada ia berkenaan agama, bangsa,
Raja-Raja dan urus tadbir negara.
(*) Li Tsin tinggal di AS dan mencoret pendapat di @polytikus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.