MALAYSIAKINI
Sebelum menahan pihak lain, kerajaan patut mengambil tindakan itu kepada
'pengkhianat dan dalang' di belakang isu 'Projek IC' di Sabah terlebih
dahulu, kata Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah.
Presidennya Jeffrey Kitingan mendakwa perkara itu masih berlaku,
termasuk usaha memasukkan pendatang haram ke dalam daftar pemilih.
Katanya,
kerajaan juga patut menahan kumpulan Melayu ultra, pelampau dan
pentaksub kaum yang mahu merampas dan menindas hak oleh lain.
Katanya pihak itu lebih berbahaya daripada permintaan Malaysia Timur
untuk mengembalikan hak mereka dan menilai semua Perjanjian Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini sebagai reaksi kepada
amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang mahu
menggunakan peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 bagi menangani ancaman
pemisahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.