MALAYSIAKINI
Banjir kilat di kedua-dua arah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari
Behrang ke Tanjung Malim sejak 7 malam tadi, menyebabkan keadaan trafik
sesak di kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan.
Jurucakap PLUS berkata jalan tersebut tidak dapat dilalui sejak 7 hingga 9 malam tadi.
"Sejak 9 malam tadi, hanya lorong kanan di kedua-dua laluan dibuka
kerana air masih bertakung akibat banjir kilat," katanya kepada Bernama, di Kuala Lumpur.
Beliau berkata kenderaan di kedua-dua laluan, kini bergerak perlahan.
PLUS menerusi akaun Twitternya turut melaporkan kira-kira 7.50 petang
tadi, kesemua laluan di KM 395.3 - 395.4 (Behrang - Tanjung Malim),
ditutup.
Sementara, maklumat twitternya pada 9.18 malam tadi, memaklumkan 'median opening' di KM 394.4 dibuka untuk trafik arah selatan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.