MALAYSIAKINI
Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terjejas akibat
banjir akan diberi kelonggaran untuk menduduki peperiksaan ulangan, kata
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau menasihati pelajar yang tidak dapat pulang ke kampus untuk
menduduki peperiksaan semester yang dijadual minggu depan agar
menghubungi universiti masing-masing.
"Naib Canselor bersetuju untuk mengadakan peperiksaan ulangan," katanya dalam entri Twitter terbaharu beliau.
Antara IPTA yang terjejas banjir ialah Universiti Malaysia Kelantan,
Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin.
Sehingga petang tadi, banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang
dan Perak masih membimbangkan apabila lebih 100,000 mangsa terpaksa
dipindahkan ke pusat pemindahan dengan Kelantan mencatat jumlah
tertinggi iaitu 45,467 orang.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.