MALAYSIAKINI
Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob memohon maaf kerana tidak dapat
membantu mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir kerana beliau sendiri
terperangkap di kediamannya.
Beliau berkata, kediamannya di Alor Pasir, Pasir Pekan itu turut dinaiki air sejak semalam.
"Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di DUN saya
kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan
bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke
rumah.
"Sama-samalah kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada
Allah agar diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Beliau dijangka mengumumkan keputusannya hari ini sama ada sidang khas
DUN Kelantan yang dijadualkan pada Isnin depan akan tetap berlangsung
atau sebaliknya.
Malaysiakini semalam melaporkan kawasan Bangunan Setiausaha Kerajaan
Negeri (SUK) di Kota Darul Naim, yang menempatkan bangunan DUN turut
dinaiki air.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam berkata menteri besar akan memutuskan hari ini
Kawasan kediaman MB di Pasir Pekan itu terletak hanya kira-kira 500
meter dari tebing Sungai Kelantan. Kawasan di sekitar sungai yang
membawa arus dari hulu itu antara terjejas teruk dalam banjir kali ini.
Arus deras itu turut menyebabkan Jambatan Sultan Yahya Petra yang
menghubungkan Pasir Pekan ke Kota Bharu, ditutup kepada semua lalu
lintas sejak kelmarin ekoran paras air meningkat melepasi jambatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.