Mazlan (kiri) bersama Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk A.Thaiveegan pada sidang media, Isnin.
BUKIT MERTAJAM: Kepala
yang ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria
di sini dan mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat di dalam guni
di Sungai Bakap, Nibong Tebal didapati sepadan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner
Mazlan Kesah berkata, ini berdasarkan laporan awal bedah siasat, namun
pihaknya masih menunggu laporan DNA kepala dan anggota badan berkenaan.
"Polis percaya mangsa adalah orang yang sama, cuma kami masih
menunggu laporan penuh DNA. Setakat ini identiti lelaki itu masih belum
diketahui tetapi polis percaya mangsa adalah warga asing," katanya
kepada Bernama.
Beliau berkata, tiga lelaki warga asing berusia 20 hingga 30 tahun telah ditahan di sini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Pihak polis meminta orang ramai yang mengetahui kes itu membuat laporan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.