MSTAR ONLINE
Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat mengawal api daripada merebak menyelamatkan 471 rumah lain daripada turut musnah.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.06 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
"Sejumlah 23 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5.03 pagi. Kami turut dibantu sembilan anggota polis, tujuh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dan tiga pekerja dari Sabah Electricity Sdn Bhd," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sementara itu, seorang mangsa, Norianah Rahul, 28, berkata ketika kejadian dia sedang tidur bersama sembilan lagi anggota keluarganya.
"Saya hanya menyedari kebakaran itu setelah mendengar jeritan seorang penduduk di sini dan kami sekeluarga terus menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah sampan yang ada di bawah rumah," katanya yang menetap di situ sejak 20 tahun lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.