SINGAPURA - Indonesia telah menerima tawaran Singapura untuk menghantar
dua pasukan pakar dan dua set pengesan 'underwater locator beacon' bagi
membantu mengesan perakam data penerbangan pesawat AirAsia Indonesia,
QZ8501 yang hilang.
Empat pakar dari Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan Singapura bersama kelengkapan mereka siap sedia untuk ditugaskan, kata kenyataan bersama kementerian itu dan Lembaga Penerbangan Awam Singapura (CAAS).
Operasi mencari dan mengesan (SAL) pesawat AirAsia Indonesia itu masuk hari kedua pada Isnin.
Penerbangan QZ8501 bersama 162 orang di dalamnya, berlepas pada 5.20 pagi dari Surabaya, Indonesia pada Ahad, dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari yang sama.
Ia akhir sekali mengadakan kontek dengan Kawalan Trafik Udara Indonesia pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia). - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.