Selepas Hapus Subsidi Bagi Harga Petrol
Minyak RON95 & Diesel, Harga Minyak RON95 1 Disember Lebih Murah
Iaitu RM2.27? : Dahulu mungkin ramai daripada majoriti rakyat malaysia
yang tidak terfikir walau sekelumit pun bahawa negara kita yang
mempunyai simpanan hasil mahsul emas hitam iaitu petroleum di mana kita
disogokkan dengan bantuan subsidi minyak dan gas selama ini bakal
ditarik balik.
Menjelang akhir tahun 2014, ia bakal menjadi realiti.
Setelah berpuluh tahun, rakyat Malaysia
menikmati subsidi minyak bermula, tetapi 1 Disember 2014 tiada lagi
subsidi untuk anda baik rakyat marhaen (minyak petrol RON95) dan juga
rakyat berpendapatan tinggi (minyak petrol RON97) setelah kerajaan
Malaysia sudah tidak tertanggung lagi untuk memberikan subsidi kepada
anda semua.
Menteri yang bertanggungjawab, dan
antara menteri yang paling popular dalam kabinet Malaysia selain Ahmad
Maslan, iaitu Datuk Seri Hasan Malek Menteri KPDNKK sendiri telah tampil
mengesahkan melalui kenyataan seperti di bawah :
Harga Petrol Minyak RON95 & Diesel Lebih Murah 1 Disember Ini. Jaminan Kerajaan
- Bermula 1 Disember harga minyak RON95 dan juga minyak diesel akan ditawarkan berdasarkan harga purata minyak dunia
- Sekaligus ia akan mengikut jejak langkah mekanisme tawaran harag minyak RON97
- Dalam bahasa mudahnya, subsidi minyak dihapuskan sepenuhnya untuk anda semua
- Bermakna selepas ini, harga minyak RON95 akan lebih murah daripada yang dijual sekarang ini dan harga minyak RON95 juga akan terus melonjak tinggi kembeli apabila harga minyak dunia terus melonjak semula ke paras melebihi US$90-US$100 dan ke atas
- Harga minyak dunia akan terus kekal rendah sekitar US$70-US$75 setong? Tidak…ia pasti akan naik kembali selepas ini
KLIK SINI : Harga Minyak Dunia Jatuh, Subsidi RON95 Berkurangan?
Di Mana Penjimatan Digunakan Kerajaan?
Perlu diingat, harga minyak dunia
ditentukan oleh negara pengeluar minyak melalui persidangan OPEC bagi
mengatasi isu ketidakseimbangan harga minyak dunia pada ketika ini
sekaligus akan ada rombakan melibatkan pengeluaran minyak dunia yang
akan dikawal semula bagi membolehkan harga minyak dunia kembali stabil
dan naik semula selepas ini.
Nampaknya, kerajaan menggunakan
sepenuhnya ruang dan peluang yang ada disebalik krisis harga minyak
dunia pada ketika ini untuk mengangkat tangan sebagai tanda “lepas sudah tanggungjawab kerajaan menanggung subsidi minyak dan diesel untuk anda semua” terutamanya yang menggunapakai minyak RON95.
Realiti dan sebenarnya, pendapatan
daripada hasil minyak yang diperolehi sudah jatuh menjunam daripada
jangkaan. Semasa pembentangan Bajet 2014, harga minyak dianggarkan
US$110 setong dan perbelanjaan negara termasuk pemberian subsidi yang
perlu diberikan berdasarkan harga minyak tersebut. Tetapi….secara
tiba-tiba harga minyak dunia telah jatuh mendadak, pendapatan negara
juga jatuh sehingga menyebabkan bajet yang telah diperuntukkan daripada
awal tidak cukup.
Dan berita gembira yang dinanti-nantikan
rakyat Malaysia pada 1 Disember 2014 berapa banyak sebenarnya
pengurangan harga minyak turun bagi RON95 yang mampu ditawarkan
melihatkan harga minyak dunia terus jatuh ke paras yang lebih rendah,
terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar
mengatakan rakyat Malaysia mampu merasai harga minyak yang jauh lebih
rendah iaiatu sekitar RM2.27 seliter bermula 1 Disember ini berdasarkan
mekanisme pengiraan harga purata minyak mentah dunia pada ketika ini.
Bagaimana setuju?
Apa kata dan respon anda selepas
kerajaan bertindak drastik, tarik balik dan hapus subsidi petrol minyak
RON95 dan diesel baru-baru ini? Mengapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.