MALAYSIAKINI
Mark Trowell, seorang pemerhati antarabangsa dalam rayuan kes liwat II
melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kumpulan penyokong Mohd
Saiful Bukhari Azlan yang terdiri daripada remaja.
"Berdasarkan pemerhatian saya, saya percaya kain rentang dibuat secara
profesional," katanya yang juga seorang Queen Council selaku pengerusi
bersama jawatankuasa tetap Lawasia bagi undang-undang jenayah.
Petang ini, kira-kira 100 penyokong Saiful berada di perkarangan Istana Kehakiman bersama membawa plakad dan kain rentang.
Selepas prosiding ditangguhkan terus melaungkan "Hidup Saiful" dan
"Tangkap Anwar" dan meminta penyokong Anwar "balik rumah" walaupun
mereka telah bersurai kira-kira jam 1.30 petang.
Malah, seorang penyokong Saiful memberitahu bahawa kehadiran kesemua
penyokong pada hari ini bukan dibayar tetapi atas kesedaran mereka
berhubung kes itu.
Kira-kira jam 12.25 tengahari, kira-kira 150 penyokong Anwar berhimpun
di luar mahkamah bagi mendengar ucapan dari pemimpin PKR seperti Ketua
Wanita Zuraida Kamaruddin.
Mereka juga membaca surah Yasin dan berdoa supaya Anwar yang juga MP Permatang Pauh dibebaskan.
Sebelum itu, di sebelah pagi, hanya 30 penyokong Saiful mula berhimpun
dengan memakai baju-T bewarna merah berkumpul sambil melaungkan "Hukum
Anwar" dan "Belia benci Anwar".
Kehadiran mereka menarik perhatian kira-kira 50 penyokong ketua
pembangkang tetapi tiada pergaduhan tercetus ketika itu dan mengundang
rasa tidak puas hati dengan menyifatkan tindakan itu sebagai provokasi.
Ini menyebabkan ada di antara penyokong Anwar membalas laungan tersebut dengan menjerit "Kena bayar RM30!".
Bagaimanapun, lima minit kemudian, penyokong Saiful beredar dan berkumpul pada jarak kira-kira 500 meter dari penyokong Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.