MALAYSIAKINI
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan kenyataan
yang dibuat oleh pemimpin BN berhubung pembangunan di Kelantan.
Menurut bekas menteri besar Kelantan itu, kenyataan yang mengatakan
bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan pembangunan di
Kelantan adalah tidak berasas.
Ini kerana, Nik Aziz berkata, tidak timbul sama ada kerajaan mengabaikan
pembangunan atau tidak kerana sudah menjadi tanggungjawab kepada
pemerintah untuk menjaga negeri-negeri Persekutuan termasuk Kelantan.
"Dia (kerajaan) sibuk bicara tentang pembangunan. Mana ada kerajaan yang
tak ada pembangunan. Komunis ada pembangunan, Amerika Syarikat ada
pembangunan. Yahudi ada pembangunan. Kelantan ada pembangunan, Kenapa
dia sibuk dengan pembangunan?
"Pagi tadi dalam surat khabar, Umno sebut tidak abai pembangunan
Kelantan. Macam mana nak abai sebab Kelantan ini dalam Persekutuan. Kita
ini negeri Persekutuan. Mahu tak mahu Pusat kena jaga Kelantan. Dia
kena jaga. Kenapa nak cakap (tak abai Kelantan) sedangkan memang
kewajipan dia begitu.
"Macam cakap kena jaga bini (isteri). Nak cakap apa, itu memang bini
kamu. Apa bodoh. Dia fikir orang bodoh sepanjang 50 tahun begitu. Dia
yang sebenarnya bodoh. Rakyat (memang) kena bodoh dah," katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 700 hadirin pada ceramah perdana di Pantai Geting, Pengkalan Kubor malam semalam.
Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Jentera
PRK DUN Pengkalan Kubor BN Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan
bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat di
Kelantan walaupun ditadbir oleh pembangkang.
Mustapa berkata, pelbagai pembangunan baru dan penambahan infrastruktur
di kawasan DUN Pengkalan Kubor sebelum ini dibantu kerajaan dengan
peruntukan sebanyak RM206 juta sejak 2004.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.