MALAYSIAKINI
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka menerima menghadap Presiden PKR
Datuk Seri Wan Azizah Ismail selepas menteri besar Selangor berbuat
demikian esok.
Ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur, Anwar memberitahu pihaknya
telah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Sharafuddin Idris
Shah minggu lepas.
Katanya lagi, pihak istana turut mengesahkan menerima surat tersebut.
"Istana
telah mengakui menerima surat kami tetapi Tuanku perlu melalui proses
menerima menghadap dengan menteri besar dahulu dan kemudian Wan Azizah,”
kata ketua umum PKR itu.
Menurut Anwar (kanan) lagi, beliau bagaimanapun tidak tahu bila pihak istana akan menemui Wan Azizah.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan, beliau akan menghadap sultan Selangor esok berhubung kedudukannya sebagai menteri besar.
Sultan telah pulang daripada kunjungan ke Eropah.
Pertemuan itu penting bagi menyelesaikan krisis pentadbiran negeri
selepas PAS menarik balik sokongan terhadap Khalid selepas dipecat
daripada PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.