MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan hari ini
bahawa tiada apa yang meragukan berhubung penyelesaian di luar mahkamah
hutangnya dengan Bank Islam.
Dalam
penjelasannya kepada penjawat awam semasa perhimpunan di bangunan
sekretariat, Khalid berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap mereka yang membuat tanggapan sebaliknya.
Katanya, beliau akan menggunakan proses perundangan untuk membersihkan namanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat mendedahkan butiran
penyelesaian di luar mahkamah itu kerana terikat dengan kerahsian
perbankan.
Beliau berkata, segala-galanya tentang penyelesaian itu dilakukan secara
"telus" dan tiada apa yang mencuriga dan meragukan mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.