MALAYSIAKINI
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis akan
menyiarkan gambar individu yang terlibat dalam kegiatan militan malam
ini.
Katanya, foto berkenaan akan didedahkan melalui bahagian perhubungan awam Polis Diraja Malaysia.
"Kita akan mengeluarkan lima orang yang dikehendaki. Mungkin kita akan
mengedar gambar mereka kepada rakan media," katanya dalam sidang
medianya petang ini.
Mengulas mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di
Syria, Khalid berkata polis meneruskan pemantauan ke atas suspek yang
disyaki terlibat dalam kegiatan seumpama itu.
"Kalau perlu kita tahan, kita akan tahan," katanya.
Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang bercakap
dalam sidang media sama turut mengesahkan bahawa gambar lima individu
berkenaan akan didedahkan.
"Lima individu yang dikehendaki akan disiarkan malam ini," kata Zahid.
Turut hadir dalam sidang media sempena majlis berbuka puasa anjuran
Kementerian Dalam Negeri di IPK Selangor itu ialah timbalannya Datuk Wan
Junaidi Tuanku Jaafar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.