MALAYSIAKINI
Menteri Luar New Zealand Murray McCully menyambut baik pengumuman
Malaysia bahawa pegawai yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap
seorang wanita muda di Wellington akan dihantar semula ke New Zealand.
McCully mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap apa
yang disifatkannya sebagai "perkembangan yang amat dialu-alukan yang
menunjukkan niat baik dan integriti bagi kedua-dua pihak menangani isu
ini.
Tidak
pernah ada niat bersama oleh mana-mana kerajaan untuk melupakan saja
isu itu, tidak kira sama ada proses itu berlaku di Malaysia atau New
Zealand, ada komitmen yang kuat untuk memastikan keadilan dilaksanakan,
kata beliau dalam kenyataan menerusi www.beehive.govt.nz, laman web
rasmi kerajaan New Zealand.
Langkah untuk menghantar balik
Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, bekas Pembantu Staf
Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, diumumkan oleh
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan sebelumnya.
Dia dituduh melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol.
-
McCully berkata beliau telah berhubung dengan rakan sejawatnya Datuk
Seri Anifah Aman yang memberitahunya bahawa pihak berkuasa Malaysia
akan menghantar balik pegawai itu ke New Zealand untuk membantu pihak
berkuasa negara itu dalam siasatan.
Pihak berkuasa Malaysia, kata McCully, telah menawarkan bantuan dalam siasatan yang dijalankan.
"Saya menyambut baik penglibatan mereka yang berterusan," kata beliau.
Beliau berkata perlu diingat bahawa tertuduh mempunyai hak untuk
dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan berhak
dibicarakan secara adil.
"Ini sekarang adalah soal untuk tindakan polis dan mahkamah dan saya tidak akan mengulas lebih lanjut," kata McCully.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.