MALAYSIAKINI
Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi
membantah cadangan pihak tertentu yang mahu membina sebuah pusat judi
lumba kuda terbesar di Asia di Bukit Tagar, Hulu Selangor.
Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat
Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia
(LPPM) membuat laporan itu dengan diiringi oleh 10 ahlinya di Balai
Polis Dang Wangi pada pukul 11 pagi tadi.
Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah memberitahu pemberita kemudian,
pihaknya menggesa kerajaan negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia
(PDRM),Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil tindakan tegas terhadap pemaju berkenaan.
"Kami membantah sekeras-kerasnya projek ini seolah-olah menggalakkan
perjudian dalam kalangan umat Islam di sini... secara tidak langsung
akan merosakkan akidah seseorang selain maruah negara turut terjejas,"
katanya.
Beliau berkata pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor Selasa depan.
Syarikat pemaju pusat lumba kuda itu sebelum ini mendakwa kaji selidik
daripada sebuah universiti tempatan menyatakan 50 peratus daripada
penduduk Melayu di kawasan berkenaan bersetuju dengan pembinaannya.
Bagaimanapun, pemimpin PAS Hulu Selangor menafikan dakwaan kononnya
pembinaan pusat terbabit diterima oleh masyarakat Melayu di kawasan itu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.