MALAYSIAKINI
Kerajaan tidak akan menggubal sesuatu undang-undang yang boleh
mengganggu-gugat keharmonian negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Nancy Shukri.
Beliau berkata kerajaan juga tidak akan melakukan sesuatu secara
tergesa-gesa dan menafikan bahawa Rang Undang-Undang Keharmonian
Nasional telah siap dan akan dibentang kerajaan di Parlimen.
Nancy berkata sesuatu draf rang undang-undang perlulah melalui proses
penggubalan yang ketat, dan isi kandungannya hendaklah tidak bercanggah
dengan undang-undang tertinggi di negara ini iaitu Perlembagaan
Persekutuan.
"Pada masa ini, saya sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah
dan demi kepentingan rakyat Malaysia, adalah wajar isu ini diperjelas
sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jawatankuasa Perundangan dan Dasar-Dasar Mempromosi Keharmonian Nasional
di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) sudah menyerahkan
tiga draf rang undang-undang berkaitan kepada Nancy untuk diteliti.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.