KUALA LUMPUR: Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) telah dilaporkan mengalami kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan pada tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressway berkata laluan trafik ke utara dilaporkan perlahan dari Gopeng ke Simpang Pulai disebabkan oleh kemalangan yang melibatkan sebuah lori di KM294.4 dan dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.
“Laluan trafik ke selatan juga perlahan berikutan kemalangan di Km32.6 dari Sedenak ke Pulai Jaya,” katanya.
Manakala laluan ke Pantai Timur dan di Plaza Tol Gombak masih dalam keadaan terkawal kata seorang jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Namun terdapat juga kesesakan kecil di lorong tunai Plaza Tol Jabor,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.