Rabu lalu Amdocs telah mengumumkan bahawa
mereka dipilih oleh Astro All Asia Network plc Measat Broadcast Network
Systems (Astro) bagi membolehkan Astro menambah baik penyampaian
perkhidmatan
Katanya di dalam status Facebooknya, Amdocs adalah syarikat milik Israel yang baru dianugerahkan kontrak ‘Subscriber Management System’ oleh Astro.
“Astro harus beri penjelasan atau diboikot kerana berurusan dengan syarikat Israel.
“Jika tidak, rakyat Malaysia hendaklah beramai-ramai memboikot Astro sebagai bantahan terhadap pembunuhan rakyat Palestin,” jelasnya di laman web ismaweb.net.
Lapor web Haaretz, Amdocs merupakan salah satu syarikat Israel yang paling berjaya dan konsisten yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu sebagai pemaju perisian untuk direktori telefon.
Amdocs dikatakan terus kekal mempertahankan ciri-ciri Israel dalam organisasi tersebut.
Bagaimanapun, Rabu lalu Amdocs telah mengumumkan bahawa mereka dipilih oleh Astro All Asia Network plc Measat Broadcast Network Systems (Astro) bagi membolehkan Astro menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada lebih daripada 1.5 juta pelanggan disamping mengurangkan kos.
Kontrak tersebut dianggarkan bernilai jutaan dolar bagi penyediaan perisian dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.