MALAYSIAKINI
Yammy Samat, ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, tidak
kisah dengan kenyataan gabungan penulis blog Umno yang hari ini sekali
lagi mendesak supaya beliau dipecat daripada Umno.
Gabungan itu kecewa dengan Yammy, yang merupakan seorang ahli Umno,
kerana berkempen untuk anak perempuannya itu yang mewakili DAP
bertanding dalam pilihan raya kecil Teluk Intan menentang BN.
"Itu terpulang kepada Majlis Tertinggi Umno tentukan kedudukan saya. Terpulang pada mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Yammy mengulangi pendirian bahawa beliau akan kekal dalam Umno.
"Tetapi jika Majlis Tertinggi Umno tidak mahu saya lagi, maka tiada apa lagi yang boleh saya buat," katanya.
Exco
Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz (kanan) hari ini menggesa supaya
Yammu dipecat, dua hari selepas BN berjaya menawan semula kerusi
Parlimen Teluk Intan.
Tun Faisal, yang merupakan seorang penulis blog utama Umno, mengeluarkan
satu kenyataan yang disokong oleh 44 penulis blog yang pro-BN yang
menuduh Yammy sebagai "pengkhianat".
Mengenai kekalahan Dyana, Yammy berkata, beliau tidak tahu mengapa
anaknya kalah pilihan raya kecil itu, tetapi menegaskan bahawa beliau
hanya menemani anaknya berkempen.
"Saya tidak tahu mengapa orang India dan Cina tidak menyokong anak saya.
"Saya hanya temani anak saya berkempen. Saya menemaninya sebagai seorang ibu," katanya.
Ditanya mengenai anaknya itu, Yammy berkata: 'Saya percaya anak saya adalah seorang yang kuat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.