MALAYSIAKINI
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berikrar bahawa kerajaan
tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota penguatkuasa yang
didapati terlibat dengan aktiviti militan dan disyaki khianat kepada
negara.
Menurutnya, kerajaan akan terus memantau kewujudan sebarang elemen
khianat kepada negara di kalangan anggota penguatkuasa kerajaan.
"Kita tak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau penguatkuasa agensi penguatkuasaan.
"Yang lalu kita telah menahan seorang anggota TLDM (tentera laut) dan
saya telah beritahu mana-mana pegawai dan anggota agensi akan terus
dipantau.
"Pemantauan itu yang memberhasilkan seorang anggota polis ditahan kerana
menjadi tali barut," katanya pada sidang media di Putrajaya, tengah
hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.