MALAYSIAKINI
Permohonan menggantung arahan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban supaya
polis membantu kes seorang bapa mualaf dalam perebutan hak jagaan anak
daripada bekas isteri Hindunya akan didengar pada Isnin.
Permohonan itu difailkan oleh tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co bagi
pihak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak polis.
Peguam Azmi Rais berkata permohonan itu difailkan semalam dan Mahkamah
Tinggi Syariah Seremban menetapkan Isnin ini untuk mendengarnya.
“Firma kami dilantik oleh Pejabat Peguam Negara untuk mewakili IGP dan
polis dalam pertikaian ini,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini.
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sebelum ini mengeluarkan arahan supaya
polis membantu N Viran @ Izwan Abdullah mendapatkan anaknya.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau akan
memfail menjadi pencelah dalam dua kes perebutan anak di Seremban itu
dan kes M Indira Gandhi di Ipoh.
Beliau juga akan memohon menggantung arahan mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.