MALAYSIAKINI
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng menggesa pengerusi BN negeri
Teng Chang Yeow bertanggungjawab sekiranya Lapangan Terbang Antarabangsa
Pulau Pinang (PIA) gagal dinaiktaraf.
Lim berkata Teng perlu memikul tanggungjawab itu kerana BN Pulau Pinang
menurutnya mengalami "krisis identiti" dan kepimpinannya pula
"terpisah”.
Jelasnya, Teng membantah cadangan menaiktaraf lapangan terbang
antarabangsa di Kulim, namun Umno Pulau Pinang menyokong cadangan itu,
yang dikemukakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sedangkan, lapangan terbang tersebut akan menjadi pesaing kepada Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), katanya.
“Siapa yang buat keputusan – Teng atau Umno Pulau Pinang?,” soalnya.
Lim berkata, beliau melihat Teng sama seperti pemimpin GERAKAN lain,
yang tidak berkuasa dan tidak mampu mengawal pemimpin Umno Pulau Pinang.
“Ini hanya memudahkan Umno dengan angkuh membuat keputusan besar sesuka
hati tanpa merujuk kepada GERAKAN,” kata Lim dalam kenyataan semalam.
Lim berkata Teng seharusnya membantu Pulau Pinang dan mengubar pendiriannya dengan menyokong pembinaan landasan kedua untuk PIA.
Beliau mendakwa Putrajaya projek membina lapangan terbang baru dengan
dua landasan di Kulim itu hanyalah usaha BN untuk membalas dendam kepada
rakyat Pulau Pinang kerana menolak parti tersebut.
“Tanpa menjawab dengan hujah logik mengapa beliau menentang landasan
kedua di Pulau Pinang, Teng sebaliknya cuba mengalihkan perhatian dengan
mempersoalkan pelaburan yang semakin menurun di Pulau Pinang, "kata Lim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.