MALAYSIAKINI
Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar menggesa Menteri Pengangkutan Datuk
Seri Liow Tiong Lai mendedahkan audit ke atas sistem radar penerbangan
awam yang mungkin menjejaskan pencarian pesawat MH370.
Nurul Izzah berkata, kelemahan dalam sistem tersebut dibangkitkan sejak 2012, lebih setahun sebelum MH370 hilang pada Mac lalu.
Beliau merujuk kepada pendedahan satu dokumen yang kemudiannya disahkan oleh kementerian.
Ia mendedahkan, sistem rada lapangan terbang Subang ditutup sepenuhnya
selama dua jam manakala kawalannya dipindahkan ke Pulau Pinang.
“"Kami telah meminta agar sistem udara Malaysia diaudit oleh Pertubuhan
Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)... Sehingga hari ini rakyat masih
lagi menunggu apakah audit itu akan dilaksanakan.
"Apakah jika audit tersebut dijalankan dan saranan baikpulih dilakukan,
pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih
tepat.
"Demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara ini, saya
menyeru menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam," kenyataannya
dipetik.
Beliau juga menggesa Liow mendedahkan audit yang dijalankan oleh ICAO ke atas tahap keselamatan terminal baru KLIA2.
ICAO meluluskan tahap keselamatan lapangan terbang tersebut, yang dibuka pada hujung April lalu.
Beliau juga menggesa satu jawatankuasa bebas ditubuhkan untuk menyiasat
kes MH37 memandangkan anggota keluarga penumpang dan anak kapal masih
menunggu jawapan lebih tiga bulan lamanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.