Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia
2014. Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia :
Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau?
Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin
dikupas Berita Semasa hari ini tetapi melibatkan senarai ranking
kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam.
Apakah
kredibiliti…..
Apakah kredibiliti yang ada pada
GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star
sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara
termasuklah Astro Awani semalam. Bagi Berita Semasa sendiri….
Globalfirepower tidak boleh dijadikan
indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. Nasihat Berita Semasa
hentikan pembohongan ini.
GlobalFirepower ini cuma portal peribadi
sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. Anda semua boleh
baca disclaimer mereka di sini :
Melihatkan senarai ranking yang kekuatan tentera di dunia 2014 membuatkan Berita Semasa terpinga-pinga dan tersenyum seketika.
Di antara negara jiran, Negara
Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala
Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah
gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan
oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :
Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014
Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk
perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, Berita
Semasa boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat
berbanding negara kita Malaysia. Tetapi apabila melibatkan aspek
strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada
aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
- Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
- Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.
P/S : Berita Semasa yakin, dengan bajet
Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet
kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah
jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah &
bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan
keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan
negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.