MALAYSIAKINI
Kementerian Luar menafikan pengeluaran apa-apa surat atau dokumen
berkaitan dengan sebarang tuntutan bagi pihak waris atau penumpang
pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Dalam satu kenyataan, kementerian memaklumkan bahawa terdapat cubaan
oleh pihak tertentu mengeksploitasi tragedi MH370 bagi tujuan mendapat
ehsan dengan menggunakan kepala surat Kementerian Luar yang dipalsukan.
Kenyataan itu menyebut satu kes yang berkaitan telah dirujuk kepada
Kementerian Luar oleh sebuah bank tempatan apabila pengirim surat
mendakwa beliau adalah waris kepada seorang daripada penumpang pesawat
MH370.
"Waris tersebut telah memohon kepada pihak bank agar bayaran pinjaman
kenderaan yang dibuat oleh penumpang MH370 tersebut ditangguhkan,"
menurut kenyataan itu.
Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada
imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8
Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41
tengah malam.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan
pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudiannya difahamkan
ia telah melencong daripada laluan asalnya dan berakhir di selatan
Lautan Hindi.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.