MALAYSIAKINI
Walaupun hilang deposit, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan
Cheng Guan percaya prestasinya dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor
cukup baik kerana majoriti DAP berkurangan di kawasan itu.
Huan gembira dengan undi 3,583 yang diterimanya kerana ia hampir sekali
ganda lebih besar daripada yang diperolehnya di Batu Kawan dalam pilihan
raya umum ke-13.
“Saya harap penyokong saya tidak sedih kerana ini hanya perjuangan
biasa, bukan peperangan. Walaupun saya tewas, saya berjaya kurangkan
majoriti DAP,” katanya.
Calon DAP Ramkarpal Singh sebelum ini berkata mahu mencapai majoriti
lebih besar berbanding bapanya, mendiang Karpal Singh yang memperoleh
41,000 undi majoriti.
“Tetapi oleh kerana dia hanya selamat dengan majoriti 37,000 lebih,
tolong jangan putar belit atau beri alasan seperti jumlah keluar
mengundi rendah,” katanya dalam sidang media.
Keputusan pengundian semalam menyaksikan Ramkarpal menang dengan 37,659 undi. Bapanya sebelum ini mendapat 41, 778 undi.
Dua calon bebas – Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan Abu Backer
Sidek Mohamad Zan – masing-masing kalah teruk dengan 799 dan 225 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.