MALAYSIAKINI
Gempa bumi sederhana berlaku berhampiran kepulauan Nias, Sumatera Utara
malam tadi menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Perak dan
Selangor.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berukuran 5.7
pada skala Ritcher berlaku kira-kira 68km dari timur laut Kepulauan
Nias, kira-kira 408km dari barat daya Sabak Bernam, Selangor pada pukul
10.35 malam.
"Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan
memaklumkan maklumat yang terkini," menurut kenyataan itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.