MALAYSIAKINI
Polis hari ini mengambil keterangan pemimpin-pemimpin Pemuda Umno
Wilayah Persekutuan, yang terlibat mengugut membakar ibu pejabat DAP
minggu lalu, selama tujuh jam.
Mereka yang disiasat mulai jam 2 petang di ibu pejabat polis daerah
Wangsa Maju termasuklah: Ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Muhammad
Rafii; Gulam Muzaffar Gulam Mustakim (ketua penerangan Pemuda Wilayah),
Datuk Rizalman Mokhtar (ketua bahagian Bandar Tun Razak) dan Johari
Yazid (Ketua Pemuda Cheras).
Keenam-enam ahli Umno itu dibebaskan dengan seorang penjamin pada kira-kira jam 9 malam ini.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan berunsur jenayah.
Pada Khamis lalu, sekumpulan lebih 50 anggota Pemuda Umno memberi amaran keras
kepada DAP, dengan mengancam akan membakar ibu pejabat parti itu jika
wakil rakyatnya terus membuat kenyataan yang dianggap menghina parti
mereka.
Ugutan itu disuarakan sewaktu mereka mengadakan demonstrasi di luar ibu
pejabat DAP di Kuala Lumpur sebagai membantah kenyataan wakil rakyat DAP
Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut "Umno celaka".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.