KERAJAAN BN telah meluluskan Akta Cukai GST walaupun rakyat telah berulang kalimembantah perlaksanaan Cukai GST ini.
Di Malaysia hanya 15 peratus rakyat sahaja yang membayar cukai pendapataan, dan 38 peratus rakyat masih menerima gaji di bawah paras kemiskinan iaitu RM860, serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 masih menjadi dilema.
Malah, menurut Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83 peratus daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67 peratus dan Hong Kong 58 peratus.
Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika Cukai GST dilaksanakan? Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik, walaupun kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas tidak akan naik harga.
Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyediaan, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST.
Ini secara tidak langsung akan menaikkan harga pada barangan pengguna pada akhirnya. Rakyat Malaysia khususnya pekerja yang merupakan 99 peratus akan tetap merana akibat Cukai GST ini walaupun kerajaan memberi alasan-alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini.
Kerajaan yang pro korporat mampu mengurangkan cukai korporat dari 40 peratus pada tahun 1980-an kepada 26 peratus sekarang tetapi sanggup menggadaikan rakyat dengan bebanan cukai GST.
Berikut adalah deklerasi rakyat sempena Himpunan 1 Mei:
1. Menolak dan batalkan GST yang memiskinkan lagi rakyat.
2. Hentikan rundingan TPPA. Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan mendapat pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini.
3.Menguatkuasakan pelaksanaan 100 oeratus polisi gaji minimum RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah gaji minimum ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami sarankan RM1,500 Gaji Minimum dilaksanakan.
4. Hak kesatuan sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.
5. Hak pekerja wanita, hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
6. Hak pekerja migran: Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi.
Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
7. Hak Pembelaan pekerja migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi undang-undang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan.
8. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas – air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh kerajaan.
9. Kebebasan media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.
10. Kawal harga barang – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.
11. Hak pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.
12. Hak Orang Asal – Iktiraf hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal. 13. Alam sekitar – Hen
tikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, Insinerator dan laini-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
14. Perumahan selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar.
Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus diimplementasikan.
15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat, antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Prevention Crime Act (PCA), Akta Perhimpunan Aman (APA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan 1948 (Sedition Act), Akta Dadah Berbahaya (Langkahlangkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), dan Akta Pertubuhan
>>Deklarasi ini disokong oleh 92 pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.