MALAYSIAKINI
Naib Presiden PKR N Surendran menyifatkan pendirian Ketua Polis Negara,
Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa mereka yang mengadakan perhimpunan awam
masih perlu memberi notis 10 hari, sebagai 'tidak bertanggungjawab ',
'angkuh ', dan 'mengingkari' mahkamah
Surendran berkata ekoran keputusan Mahkamah Rayuan bahawa adalah tidak
sah untuk menghukum mereka yang gagal berbuat demikian, maka tidak ada
undang-undang untuk menguatkuasakan keperluan tersebut.
Alasan mahkamah, tegas Surendran, ialah hak orang ramai untuk berhimpun secara aman tidak boleh tertakluk kepada 'criminal sanction'.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Khalid perlu membaca penghakiman penuh sebelum membuat komen yang mengelirukan.
Surendran , yang merupakan peguam perayu dalam kes tersebut, menjawab
komen Khalid mengenai Akta Perhimpunan Aman PAA ) 2012 yang disiarkan
oleh The New Straits Times online hari ini.
Khalid dilaporkan berkata walaupun mahkamah telah membatalkan Seksyen 9 (
5) PAA berkaitan hukuman kerana tidak memberi polis notis 10 hari,
tetapi keperluan itu, katanya, masih kekal dalam Seksyen 9 (1)
undang-undang yang sama,.
Khalid dilaporkan berkata bahawa keperluan undang-undang itu perlu dipatuhi kerana ia menyatakan bahawa notis 10 hari hendaklah dikemukakan (sebelum mengadakan sebarang perhimpunan).
Surendran berhujah bahawa tanpa Seksyen 9 (5), maka tidak ada kewajipan
undang-undang untuk orang ramai memaklumkan kepada pihak polis tentang
perhimpunan yang akan diadakan dan oleh itu, pemakluman tersebut adalah
sukarela semata-mata.
"Pemakluman kepadapihak polis mungkin boleh membantu dari segi kawalan trafik dan logistik yang lain, dan perlu digalakkan.
Malah, katanya, adalah diharapkan kebanyakan penganjur perhimpunan besar
akan terus secara sukarela memaklumkannya kepada pihak polis mengenai
tarikh dan tempat perhimpunan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.