Oleh: AFEEQA AFEERA
KLANG : Kerajaan Negeri dijangka menamatkan penjadualan air di Selangor dan Kuala Lumpur pada minggu depan sekiranya projek pengepaman air dari kolam bekas lombong ke empangan Sungai Selangor mendapat hasil positif.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sebarang perkembangan akan diumumkan Exco negeri, Dr Yunus Hairi yang dilantik sebagai jurucakap rasmi kerajaan negeri mengenai status air mentah dan air terawat di Selangor.
“Saya jangka catuan ditamatkan minggu depan jika keadaan ini baik dan akan diumumkan Yunus sebagai jurucakap kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media pada Program Khas Mesra Rakyat Daerah Klang di Dewan Hamzah, di sini.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata penggunaan air dari bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor dijamin selamat untuk digunakan berdasarkan hasil kajian mendalam daripada pakar.
Katanya pakar juga mendapati air dari bekas lombong adalah jauh lebih baik lebih-lebih lagi lombong berkenaan berusia puluhan tahun.
“Kita sudah menguji tahap kimia dalam air tersebut dan pakar berpandangan ia dibenarkan dan jauh lebih baik kerana air lombong ini adalah dari lombong lama, bukan lombong dua atau tiga tahun (usianya).
“Lombong ini sudah berusia 30 tahun dan airnya jauh lebih bersih daripada air sungai,” katanya lagi.
Abdul Khalid turut memaklumkan pihak jabatan kesihatan sudah dimaklumkan mengenai usaha berkenaan dan mendapati tiada masalah dengan langkah kerajaan negeri itu.
Beliau berkata setakat ini kerajaan negeri sudah memiliki lapan buah mesin berkeupayaan tinggi yang mampu mengepam air sekurang-kurangnya 400 juta liter sehari (JLH) dan berharap ia boleh ditingkatkan sehingga 700 ke 900 JLH.
“Jadi saya rasa kita akan capai ke tahap itu dan sekiranyan paras empangan di Sungai Selangor mencatat peningkatan, catuan akan ditamatkan,” katanya.EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.