Oleh Subky Latif
Dalih Perdana Menteri Najib menepis hudud ialah tidak pernah kerajaan selama ini menolak hudud cuma ia tidak melaksanakan saja.
Sebelum hukum Allah itu hendak dilaksanakan dia mahu ulama muktabar yang sedia berijtihad menghalusi peraturan itu supaya matlamat pelaksanaannya dapat memberikan keadilan.
Dalam dalihnya itu seolah-olah surat Perdana Menteri Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan yang memberi amaran jika enakmen jenayah syariyah 2 Kelantan dilaksanakan tindakan akan dikenakan sebagai kerajaan pernah menghalang.
Jawapan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra tentang hukum rejam terhadap zina, nescaya habislah batu untuk membuat pembangunan kerana digunakan untuk merejam. Ia tidak dikira Najib sebagai menolak.
Jika Najib mahu ia dihalusi ulama muktabar dulu, tidak bijakkah beliau jika meneliti alasan Sultan Hasanal Bolkhiah menguatkuasakan hukum itu di Brunei Darussalam mula 30 April 2014? Dari mana ambilan Sultan itu atas keputusan baginda dan kaedah yang akan digunakan bagi memastikan pelaksanaan itu mencapa keadilan di negara jiran yang terdekat itu.
Adakah alasan yang Najib beri itu satu hujah atau ia sekadar dalih untuk tidak menyokong jika usul persendirian PAS di Parlimen nanti.
Najib bagaimana pun mengaku hudud itu hukum Allah.
Mengikut adab Islam yang beriman apabila Allah menentukan sesuatu, maka jin dan manusia mandatori sami’na wa ata’na – dengar dan taat.
Sekalian nabi sami’na wa ata’na apa juga ketentuan Allah. Hanya iblis yang berdalih. Maka iblis digugurkan akidah dan jadilah ia kafir.
Apabila Alllah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu hukum, mandatori mukminin dan mukminat sami’na wa ata’na. Kecuali bas eksperes dilarang laju dari hadnya, yang Allah dan Rasul SAW tidak putuskan, bolehlah kerajaan Malalysia halusi pelaksanaannya.
Adakah dengan kenyataan Najib dalam himpunan Yayasan Pondok di Kedah itu masih dalam lingkungan hamba yang sami’na wa ata’na atau dia sudah termasuk dalam orang berloyar buruk terhadap pelaksasnaan hukum Allah itu?
Kewajipan siapa melaksanakan hudud, hukum yang ditentukan Allah dan Rasul-Nya?
Untuk sekalian orang-orang yang muttaqin – mereka yang takwa. Justeru orang-orang yang takwa itu tidak boleh bertindak sendiri, maka kewajipan pertama berada di tangan ulil amri. Bagi Malaysia ulil amri itu Yang Di Pertuan Agong dan sekalian Raja bertakhta.
Ulil amri memberi kuasa kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri menjalankan pemerintahan baginda pihak baginda ulil amri. Jika ketua kerajaan tidak sami’na wa ata’na dua pihak bertanya mengapa hudud ditangguhkan?
Pertama ulil amri yang sami’na wa ata’na kepada kepada Allah dan Rasul-Nya dan kedua rakyat yang takwa. Kewajipan kedua menegur kerajaan secara demokrasi. Kerana demokrasi itu juga institusi yang Islam boleh terima pakai, maka sesuatu boleh dibuat terhadap kerajaan yang banyak dalih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.