Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan mengerahkan 10,000 anak muda untuk turun himpunan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada 1 Mei ini.
Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri, berkata mobilisasi ke arah itu akan digerakkan secara aman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
“AMK negeri akan mobilisasi anggota dalam 10,000 orang,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Sebelum ini, penganjur himpunan 1 Mei bagi membantah GST tidak berganjak daripada rancangan awal menjadikan Dataran Merdeka sebagai destinasi akhir yang dijadual bermula dari KLCC dan akan bergerak ke Dataran merdeka di ibu negara.
Jurucakap penganjur, S Arutchelvan mempertahankan tindakan itu atas alasan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk berhimpun secara aman.
“Pihak kami mengadakan himpunan dan sambutan Hari Pekerja selaras dengan peruntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Negara iaitu hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata,” katanya.
Sementara itu, Pas Malaysia (PPM) pula menggerakkan 50,000 anak muda untuk turun pada himpunan itu dengan Jabatan Amal Malaysia akan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan lokasi serta keselamatan awam.
“PPM memberi jaminan walaupun kehadiran anak muda yang besar jumlahnya, himpunan ini akan dijayakan dengan aman. PPM dengan bantuan tenaga AMAL dan Pemuda PAS memastikan tindakan provokasi, ganas, liar dan keterlaluan akan dielakkan.
“Sebaliknya, peserta himpunan akan mematuhi arahan pemimpin himpunan dan bersurai dengan aman sebaik ia selesai dijayakan,” kata Setiausaha PPM, Mohd Nasai Ismail.
Perhimpunan 1 Mei adalah satu acara tahunan dianjur sejak 20 tahun lalu dan misi perhimpunan kali ini adalah untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya menarik balik perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan pada April 2015.-NFN-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.