Rabu, 26 Mac 2014

KM baru Sarawak sombong, BN tidak hormat proses pilihan raya

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak yang baru, Tan Sri Adenan Satem bersifat sombong dan jelas melanggar Akta Imigresen dan Perlembagaan apabila menyekat tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke negeri itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata hal itu berikutan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihalang masuk ke Sarawak, pada 25 Mac lalu.

“Barisan Nasional (BN) jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

surendran speech mic 02Katanya, tiga pemimpin itu mempunyai hak mutlak di bawah undang-undang untuk memasuki Sarawak dan mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya kerana PKR calon Abdul Jalil Bujang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian yang bakal berlangsung, pada 29 Mac ini.

“Najib, Adenan dan BN perlu menghentikan taktik kotor dan tidak sah, pilihan raya ini perlu bebas serta adil. Kerajaan Sarawak sengaja melanggar seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63, yang mana ia tidak boleh menafikan kemasukan sesiapa sahaja yang ingin memasuki negeri untuk terbabit dalam aktiviti politik yang sah.

“Kerajaan Sarawak dan BN tidak tahu secara jelas Akta Imigresen dan bertindak tanpa mengambil kira undang-undang yang sah. Hal itu juga melanggar Perkara 9 (2 ) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bergerak.

“Kuasa ini mesti dijalankan dalam Persekutuan Perlembagaan yang ditetapkan dalam Perkara 9 (3) Akta Imigresen dan Perlembagaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.