Rabu, 26 Mac 2014

Demokrasi hancur, pimpinan PR dihalang masuk Sarawak

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak mengecam keras ke atas penafian pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dihalang untuk memasuki salah satu negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

Penyelaras Bersama SAMM Sarawak, Norazarizah Rahman berkata, hak sebagai anak watan telah dinafikan dengan angkuh oleh seorang ketua menteri yang memerintah di atas mandat yang diberikan oleh rakyat demi kelangsungan politik yang sempit.

“Setelah kita merdeka dan bersama dalam satu gagasan persekutuan, undang-undang dracornia masih dikekalkan oleh rejim pemerintah dengan alasan dangkal,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, di dalam masa  yang sama, rakyat di seluruh negara diarah bersatu hati dalam menghadapi pelbagai maslahan yang kian meruncing namun, penguasa begitu angkuh menggunakan undang-undang di zaman penjajah.

Menurutnya kagi, tindakan pengusiran terhadap tiga pimpinan PKR iaitu Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden Tian Chua dan Pengarah Strategi PKR Rafzi Ramli yang datang untuk bersama dalam Pilihanraya Kecil N51 Dun Balingian jelas bahawa pihak rejim kini ketakutan setelah banyak kepincangan dan kelemahan yang didedahkan bagi membendung amarah kebangkitan rakyat setelah menyaksikan kebangkitan rakyat yang berlaku di PRK  N25 Kajang yang baru saja melabuhkan tirainya.

Sekali lagi, tegasnya pihak SAMM Sarawak mengutuk dengan keras hak demokrasi yang seringkali dilaungkan oleh pemerintah berlandaskan semangat demokrasi berparlimen yang didukung oleh seluruh rakyat negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.