Untuk kebaikan Islam tidak perlu debat di antara mereka
PETALING JAYA: Perkasa mahu Sinar Harian membatalkan debat antara Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dengan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, untuk kebaikan Islam, tidak perlu debat antara mereka mengenai isu kalimah Allah daripada aspek undang-undang.
Katanya, debat ini akan banyak mudaratnya dan keburukan kepada Islam.
“Ianya tidak setakat undang-undang. ianya akan jadi debat politik kalimah Allah,” katanya kepada FMT.
Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu menambah memang terbukti dengan langkah itu bahawa ahli politik dan akal fikiran tiada kena mengena dengn satu sama lain.
“Terus terang debat yang ingin dibuat itu menghina mahkamah, kerana kes ini masih dibicarakan di mahkamah tidak boleh dibincang atau diulas oleh mana-,mana pihak,” katanya.
Ibrahim berkata siapa yang menjadi penasihat kepada mereka berdua ini manakala akhbar Sinar Harian seperti biasa mendapat keuntungan dan perhatian lebih ut,a daripada Islam.
“Fikirlah sebelum banyak lagi kekeliruan sesama Islam dan bukan Islam bertepuk tangan,” katanya lagi yang menghantar sms dari Mekah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.