Isnin, 27 Januari 2014

'Penyatuan Melayu hanya angan-angan'

MALAYSIAKINI


 
 
 
Profesor Diraja Ungku Aziz berkata orang Melayu tidak mungkin bersatu, seperti orang Arab yang "payah bersatu" berbanding orang Jepun yang "bersatu dalam satu negara, bangsa dan sejarah yang sama".

Beliau menyifatkan penyatuan orang Melayu sebagai "angan-angan" disebabkan faktor penjajahan, kerencaman Melayu dan sikap orang Melayu sendiri, lapor Berita Harian hari ini.

"Kita ibarat air dan minyak. Tak boleh campur... Orang Melayu pula dikacau oleh penjajah Portugis, Belanda dan itu antara faktor yang merosakkan Melayu.

"Selain itu orang Melayu ada yang datang dari Jawa dan bercampur-campur, Kita suka bergaduh sesama sendiri dan ada saja agenda.

"Pada saya penyatuan Melayu hanya angan-angan. Itu kita mesti terima. Tetapi kalau orang Melayu itu pandai, dia akan lebih bersatu. Kalau tidak dia hanya akan menjatuhkan sesama sendiri... dengki," katanya dalam temubual itu.

Beliau menjawab soalan dalam wawancara mengenai pandangannya mengenai isu penyatuan dan perpecahan orang Melayu ketika ini.

Bekas naib canselor Universiti Malaya itu berkata 60 tahun lalu, bapa pernah menasihatkannya bahawa orang Melayu suka "tikam belakang dan dengki".

Sehubungan itu, beliau berpendapat orang Melayu "tidak mungkin bersatu".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.