KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR Agensi berita nasional, Bernama diselar kerana menggunakan istilah salah bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap himpunan membantah kenaikan kos sara hidup.
Lawyers for Liberty (LFL) dalam twit menyatakan, Bernama melalui twitter rasminya menggunakan hashtag #guling, sedangkan himpunan malam ini bertujuan membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Jelas @bernamadotcom berniat jahat. Asyik twit dengan #guling walaupun penganjur telah jelaskan protes adalah Turun Harga Sara Hidup,” kenyataan LFL dipetik dari @lawyers4liberty.
Keadilandaily mendapati, @bernamadotcom menggunakan hashtag #Guling semenjak kira-kira jam 5 petang ini, bagi merujuk kepada laporan himpunan membantah kenaikan harga barang malam ini.
“@bernamadotcom masih twit dengan #guling walaupun jelas adalah protes aman Turun Harga Sara Hidup. Memang adik beradik dengan Utusan.
“Dataran Merdeka milik semua – bukan hanya untuk kerajaan anjur program mereka atau program yang mereka lulus. Rakyat ada hak himpun aman,” tulis LFL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.