Oleh Siraj Zaini
Gambar Shuaib Ayob
SHAH ALAM : Biarpun tiada konsert yang menelan kos besar-besaran, sambutan ambang tahun baru 2014 peringkat negeri Selangor berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan di sini, malam tadi.
Dengan kehadiran ribuan pengunjung, sambutan memasuki tahun ketiga mengekal konsep kesederhanaan dengan hiburan yang tidak melalaikan dan tema bersesuaian untuk semua peringkat usia.
Ini terbukti berikutan kehadiran lebih 3,000 pengunjung yang rata-ratanya membawa keluarga masing-masing.
Pelbagai aturcara menarik diatur dengan dimulai solat Isyak berjemaah di dataran itu, diikuti program ‘sembang santai’ bersama ahli Exco Selangor iaitu Iskandar Samad, Dr Yunus Khairi dan Dr Halimah Ali.
Sambutan yang dikendali Generasi Idaman Selangor (GEMS) itu turut diselang-seli dengan persembahan beberapa selebriti terkenal tanah air antaranya Nora, Raja Farah, Aishah, Ammar dan Hafiz Hamidun.
Sedikit berbeza dengan sambutan di tempat lain kerana tiada percikan bunga api tepat jam 12 tengah malam, sambutan masih diteruskan penceramah bebas, Ustaz Haslin ‘Bollywood’ dan Ustaz Don Danial.
Di samping program itu, pengunjung juga berpeluang meninjau gerai jualan pakaian, juadah makanan dan kaunter penerangan jabatan kerajaan.
Sambutan itu juga dimeriahi dengan aktiviti ahli kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) serta Riders Selangor Motor Race.
Di akhir aturcara, pengunjung serta dif jemputan berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku serta zikir Asmaul Husna.- FZL

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.