KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Pendakwaan terhadap peserta himpunan Turun adalah langkah menutup kritikan rakyat terhadap dasar ekonomi kerajaan yang pincang, kata Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Penyelaras Suaram, R Thevarajan berkata, Akta Perhimpunan Aman 2012
digunakan untuk menutup mulut rakyat dan mengekalkan kepentingan kuasa sedia ada yang menjadi sebab utama kenaikan kos sara hidup.
“Pengajur perhimpunan Turun adalah mangsa terbaru selepas pendakwaan terpilih terhadap aktivis dan pembangkang yang mengadakan bantahan terhadap dasar kerajaan sebelum ini,” kata Thevarajan.
Beliau turut mempersoalkan tindakan polis menyiasat penganjur himpunan Turun, sedangkan ia berlangsung aman.
“Semua perhimpunan patut dibenarkan selagi penganjuran berlangsung secara aman.
“Perhimpunan Turun membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup pada malam tahun baru dan berlangsung aman tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini,” kata Thevarajan.
Justeru tegasnya, tindakan polis itu bercanggah dengan Perkara 20 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin kebebasan untuk berhimpun secara aman
“Mengapa perlu polis mendakwa pengajur sekarang? soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.