Rabu, 29 Januari 2014

Anwar: Bertanding di Kajang bukan turun pangkat

OLEH MD IZWAN


Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar mengenai konsesus negara di Ibu Pejabat PKR, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Januari, 2014.Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar mengenai konsesus negara di Ibu Pejabat PKR, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,


Keputusan bertanding pilihan raya kecil (PRK) Kajang bukan bermakna turun pangkat tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai contoh seorang pemimpin yang hebat.

Anwar yang memegang jawatan Ketua Umum PKR serta Ketua Pembangkang berkata, seorang pemimpin yang sentiasa berada di atas adalah sesuatu yang tidak bagus.

"Pemimpin hebat, dia boleh besar boleh turun.

"Kalau dia rasa dia di atas saja tak bagus," jawab Anwar apabila ditanya sama ada keputusan bertanding di Kajang menunjukkan pangkat yang disandangnya ketika ini jatuh memandangkan statusnya sebagai pemimpin utama PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Anwar berkata keputusan meletaknya di Kajang adalah kerana desakan daripada parti dan bukan kerana mengejar kedudukan.

"Ia cadangan dikemukakan pimpinan.

"Saya kata, kalau betul nak DUN (kerusi Dewan Undangan Negeri), saya ada pilihan pada 2008 dan 2013, kalau saya nak. Tapi tentunya ada pertimbangan, desakan dan keadaan yang memaksa sehingga saya ambil keputusan ini," kata Anwar apabila ditanya mengapa PKR tidak meletakkan calon lebih muda di Kajang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.