Alif Mustapha
KUALA LUMPUR - Wartawan harus berani mengajukan soalan ketika
membuat liputan media walaupun ia melibatkan individu kenamaan
termasuklah pemimpin tertinggi negara.
Pengasas bersama portal pro pembangkang Malaysiakini, Steven Gan
berkata, editor dalam organisasi media perlu memainkan peranan dengan
memberi penekanan kepada wartawan supaya bersikap berani.
"Beritahu mereka, kerja awak adalah bertanyakan soalan sukar. Mungkin
ini akan memalukan, atau wartawan lain akan memandang pelik kepada anda
tetapi saya rasa sebagai wartawan yang bagus adalah berani bertanyakan
soalan.
"Apa yang penting adalah kita mengajar ahli politik supaya tidak kira
kita mewakili media mana, mereka perlu menjawab soalan, tidak boleh
alih isu (tidak menjawab soalan) hanya kerana kita dari Harakah atau
Suara Keadilan," katanya kepada Rakyat News selepas menghadiri ‘Forum
Bebaskan Media’ di Dewan Perhimpunan Cina (KLCAH) di sini malam tadi.
Forum anjuran Gerakan Media Marah (GERAMM) itu turut menampilkan panelis
antaranya V Anbalagan (The Malaysia Insider), G Vinod (Free Malaysia
Today), Ronasina (Penerbit bebas), Masjaliza Hamzah (Pusat Kewartawanan
Bebas / CIJ) dan Hata Wahari (Reporters Without Borders / RSF) manakala
Zakiyah Koya selaku moderator.
Dalam masa sama GERAMM turut menyatakan tuntutannya kepada tiga fokus
utama bagi mendukung hak kebebasan media di negara ini. Tuntutan
tersebut merujuk kepada pihak kerajaan, parti-parti politik dan semua
organisasi media serta wartawan.[ARTIKEL DI SINI]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.